Monday, July 25, 2011

Ek Haseena

Ini adalah kain sari yang dinamakan Ek Haseena. Sari Ek Haseena merupakan sari yang mempunyai kombinasi dan penampilan yang berbeza dari yang sebelum ini.


Sulaman pada kepala kain dan kaki kain diperbuat daripada benang songket halus.


Secara amnya, 3 bahagian utama ini adalah seperti yang anda lihat di atas:

1) Pada bahagian utama, terdapat sulaman benang berwarna dan benang songket membentuk jaringan bungaan ditambah dengan sulaman bunga tabur.

2) Bahagian kepala kain, sulaman penuh dengan bennag songket halus dengan corak bunga.

3) Bahagian 'plain': di sepanjang kain sari ini, terdapat suatu warna (lebih gelap dari warna kain) yang menghiasi bahagian kedua belah kaki kain.

Penjagaan khusus kain sari Ek Haseena adalah sama seperti kain sari lain (sila rujuk pada bahagian sebelah kiri blog; Pastikan Sari Anda Kekal Cantik) tetapi diingatkan bahawa hanya cucian secara 'Dry Cleaning.

No comments: